Deskripsi Ringkas:
Memperkenalkan - SOLAR SENTRI. Sistem pencegahan jenayah dan keselamatan yang bersumberkan TENAGA PERCUMA anugerah ilahi - Alam semulajadi. Lampu limpah berkuasa solar yang dinyalakan terang oleh paduan 30 biji LED putih. Fungsi pengawasan canggih pula di pantau oleh teknologi pengesanan pergerakan PIR (passive infra-red) bagi mempertingkatkan keselamatan kediaman atau pejabat.
Ditenagakan oleh kuasa matahari sepenuhnya, lampu limpah Solar Sentri ini menawarkan pemasangan yang bebas dari pendawaian TNB bagi penjimatan bil maksima. Sesuai untuk tugas pemantauan dikawasan yang sukar di akses bagi punca tenaga TNB di seperti garaj, bangsal, bumbung, parking, struktur bangunan luar dan sebagainya.
Diperbuat daripada plastik tahan lama ABS yang lasak, rekabentuk lampu limpah ini begitu padat menawarkan ketahanan terhadap unsur-unsur alam. Apabila persekitaran berubah gelap, sistem pengesanan pergerakan teknologi PIR menjadi aktif dan ia akan menghidupkan 30 unit LED putih sebaik sahaja ada pergerakan dikesan. Ianya juga boleh dinyah aktifkan mengikut sistem penetapan masa yang telah ditentukan. Sememangnya ia adalah gajet keselamatan yang PERLU ADA bagi menerangi lorong-lorong belakang yang gelap, lorong kaki lima, laluan pejalan kaki bagi sentiasa memastikan jauh dari pelawat tidak diundang.
Amat mudah untuk dipasang, kerana lampu limpah Solar Sentri ini tidak perlu sebarang jenis kerja pendawaian elektrik. Pasangkan unit Solar Sentri di lokasi yang strategik dan berisiko. Pastikan panel solar '2W Polycrystalline' menghadap ke arah kawasan yang paling cerah untuk memastikan caj panel solar yang maksimum. Setelah kira-kira 8 jam proses mengecas, lampu limpah LED bersedia untuk bersinar terang untuk 8 jam berikutnya.
Sediakan payung sebelum hujan. Solar Sentri adalah umpama 'pengawal persendirian' pintar yang seharusnya ada bagi setiap premis. Ditenagakan secara percuma dari sumber tenaga hijau. Antara ciri-ciri Solar Sentri adalah seperti berikut:
- Hidup secara automatik pada waktu malam
- Diperbuat daripada ABS + logam aluminium
- Multicrystalline 9V 168m
- Panel solar boleh dicas semula dengan 3 bateri Ni-MH 1300mAh
- 30 biji LED putih yang super cerah menghasilkan 260 Lumen
- Ketahanan terhadap cuaca
- Kepekaan: 12 ~ 18m, yang boleh di laras
- Panjang kabel: 5m
- Masa tunda: 8 ~ 120 sec, boleh laras
- Sistem pengesanan pergerakan PIR (passive infra red)
No comments:
Post a Comment